i dream it, i'll achieve it

Sunday 26 June 2011

Al-Quran mengatakan wujud 11 planet dalam sistem solar. Hanya waktu akan membuktikan kebanarannya..


  • BERITA penemuan sebuah lagi planet baru minggu lalu menggemparkan masyarakat falak atau ahli kaji bintang dunia kerana ia mungkin mengakibatkan semua buku teks sekolah di seluruh dunia terpaksa dirombak semula.
  • Bagaimanapun di sebalik penemuan terbaru ini yang mengukuhkan lagi dakwaan yang dibuat sekumpulan ahli sains beberapa tahun lalu, sebenarnya ia tidak begitu mengejutkan bagi cendekiawan kaji bintang Islam.
  • Laporan minggu lalu menyatakan, seorang ahli astronomi Amerika Syarikat mendakwa beliau menemui planet ke sepuluh dalam sistem solar yang akan menyebabkan ahli sains perlu melakar semula peta astronomi.
  • Jika perkara itu benar, penemuan Mike Brown dari Institut Teknologi California akan menjadi planet yang pertama sejak penemuan Planet Pluto yang dikenal pasti pada 1930 dan menjadi planet kesembilan yang mengelilingi matahari.
  • “Ambil pen anda. Mulai hari ini tulis semula buku teks,” kata Brown, profesor astronomi planet ketika mengumumkan planet ke-10 dan beliau menyatakan planet dalam sistem solar itu adalah lebih besar daripada Planet Pluto.
  • Brown berkata, planet yang mengelilingi matahari itu itu adalah paling jauh yang pernah ditemui iaitu kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.
  • “Ia mungkin satu setengah kali lebih besar daripada saiz Pluto,” katanya dalam temubual telefon dari CalTech, di Pasadena, Los Angeles.
  • Ia dianggarkan kira-kira 97 kali lebih jauh dari matahari berbanding Bumi dan dinamakan sebagai ‘2003-UB313’ serta yang ketiga lebih menyinar dalam lingkaran Kuiper.
  • Sehingga kini belum dapat dipastikan saiz sebenar planet baru itu tetapi kecerahan serta jaraknya dianggarkan sekurang-kurangnya sebesar Pluto dengan diameter 2,302 kilometer.
  • “Kami 100 peratus yakin bahawa ia objek pertama yang lebih besar daripada Pluto pernah ditemui di dalam sistem solar,” katanya.
  • Penemuan oleh Brown bersama rakannya, Chad Trujillo dari Makmal Cerapan Gemini di Mauna Kea, Hawaii dan David Rabinowitz dari University Yale pada 8 Januari lalu akan memberi tambahan baru kepada sistem cakerawala.
  • Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California.
  • Ahli astronomi terbabit mengemukakan cadangan untuk nama planet itu kepada badan sains kerajaan, International Astoronomical Union (IAU) dan menunggu
  • keputusan badan itu sebelum membuat pengumuman.
  • Pendedahan baru ini turut mendapat pengiktirafan Agensi Angkasa Lepas Amerika
  • Syarikat, Nasa, yang mengeluarkan lakaran artis mengenai planet baru
  • itu.
  • Bagaimanapun ada pihak yang tidak mahu memperbesarkan berita penemuan ini dan menyatakan, ahli sains dan Nasa bukan pihak yang berkuasa menentukan sesuatu objek langit yang baru ditemui itu sebagai sebuah planet.
  • Dalam sebuah rencana yang disiarkan Space.com baru-baru ini, pengarang menyatakan, IAU adalah badan yang seharusnya membuat pengesahan mengenai perkara ini selain menegaskan, sukar ditentukan definisi sebenar planet dan biarlah jumlah planet yang sedia ada dikekal.
  • Sambil menyatakan, banyak lagi penemuan baru seperti yang didakwa Brown sejak kebelakangan ini, adalah terlalu sukar untuk menjelaskan kesahihan kewujudan planet baru.
  • Kelihatan apa yang dibuat oleh golongan ini sebagai usaha untuk mengelak bagi membuktikan kepada dunia kebenaran yang dikemukakan oleh al-Quran dan Islam.
  • Dunia Barat juga sebelum ini cuba menafikan ahli falak Islam yang mempelopori ilmu kaji bintang apabila dengan sengaja menukar nama tokoh Islam supaya mirip nama Barat seperti Ibnu Sina yang digantikan dengan Avecina dan al-Kindi yang ditukar menjadi alKandus manakala al-Farghani ditukar kepada Alfaragneus dan banyak lagi.
  • Cendekiawan Islam sudah lama membahaskan bahawa walaupun tiada perkataan planet secara khusus dalam al-Quran, ayat ke-4 dalam Surah Yusuf menjadi petanda terbaik bahawa Pencipta Alam ini yang menurunkan al-Quran, ada membayangkan kewujudan 11 planet.
  • Ayat terbabit bermaksud: “Ingatlah, ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, `wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan yang semuanya kelihatan sujud kepadaku.”
  • Ulama berbeza pendapat dengan perkataan kaukab atau kawakib yang digunakan dalam ayat ini yang merujuk kepada pengertian bintang, sedangkan dalam banyak lagi ayat al-Quran, bintang dirujuk dengan menggunakan istilah najm atau nujum.

  • Berikutan itu, ada ulama terkemudian menyatakan, kaukab yang dirujuk dalam ayat ini bermaksud planet seperti yang ditulis oleh Dr Maurice Bucale dalam bukunya, Bible, Al-Quran dan Sains.
  • Dan penemuan apa yang dikatakan sebagai planet ke-10 ini, membuktikan apa yang dijelaskan oleh al-Quran tetapi ia pasti akan cuba dinafikan oleh Barat.
  • Dan bukan saja planet yang ke-10 ini kerana pada sejak 1999, banyak lagi penemuan ahli sains Barat yang didakwa sebagai planet. Malah, pernah penyelidik di Nasa menyatakan, wujud lebih 20 objek yang boleh dikatakan sebagai planet tetapi tidak diiktiraf oleh IAU.

  • Terbaru termasuk mini planet 1966TL66.

  • Hakikatnya, berikutan teknologi tinggi kini dimiliki Barat, ahli kaji bintang mungkin akan menemui petanda kewujudan sebuah lagi objek jauh dari sistem solar, bagi membuktikan kewujudan planet yang kesebelas seperti yang dinyatakan mini planet 1966TL66.
  • Dua pasukan ahli sains, sebuah di England dan sebuah lagi di Universiti Louisinana di Lafayette secara bebas melaporkan kesimpulan ini berdasarkan penemuan objek yang terlalu jauh dari Ploto, beberapa tahun lalu.
  • Apa yang jelas kini, hanya detik dan waktu saja yang akan membuktikan kebenaran al-Quran mengenai kewujudan 11 planet dalam sistem solar matahari jika teleskop yang lebih berkuasa digunakan dan Barat dengan ikhlas mengakui hakikat.

  • Fakta: Planet Ke-10 ditemui  Planet  pertama dikesan sejak penemuan Planet Pluto pada 1930 .
  • Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan
    Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California
  • Penemuan baru memaksa buku teks ditulis semula    

  • Planet ke-10  lebih besar daripada Pluto    

  • Terletak kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.    

  • Penemuan menghampiri kenyataan dalam al-Quran yang menyatakan kewujudan 11 planet.  

  • Nasa secara tidak rasmi mengesahkan objek baru ini menyamai takrifan sebuah planet  

  • Penyelidik menemui sudah menemui apa yang dikatakan mini planet 1966TL66. 

  • Penyelidik England dan di Lafayette, pernah menyatakan kemungkinan wujud planet ke-11.

No comments:

Post a Comment